Set RSS Feed di MS Outlook
Posted by shah | Posted in Tips, Websites | Posted on 15-11-2010
0
RSS adalah singkatan kepada Really Simple Syndication. RSS feed pula ialah dokumen yang mengandungi sebahagian atau semua kandungan artikel dalam sesebuah website seperti blog, beritua, video atau audio. Dengan menggunakan RSS feed, kita boleh mendapatkan update terbaru website kegemaran kita secara automatik, tanpa perlu melayari website tersebut.
Situasi 1:
Anda terlalu sibuk cek email dan buka MS Outlook. So, dengan cara memasukkan RSS Feed ke dalam MS Outlook, anda boleh melihat update website2 tersebut di dalam MS Outlook anda!
Situasi 2:
Syarikat tempat anda bekerja begitu strict dengan pekerjanya. Mereka tidak boleh membuka laman web kegemaran mereka di pejabat, hatta nak baca news pun tak boleh. Oleh sebab itu, RSS Feed sangat berguna kearana anda boleh membacanya di MS Outlook anda sendiri.
Bagaimanakah caranya?
1) Buka MS Outlook di mana anda download/view email2 anda – jika anda tidak menggunakan outlook, cara ini bukan untuk anda.
2) Di bahagian sebelah kiri MS Outlook terdapat tab (Mail/Calendar/Contact/Task). Klik tab ”Mail”.
3) Right click pada RSS Feeds
4) Add new RSS Feed
5) Masukkan RSS Feed address dan klik OK.
Biasanya, alamat RSS Feed adalah http://www.example.com/feed. Tetapi, tidak semua website mempunyai alamat begitu. Oleh itu, untuk mencari alamat tersebut, anda hendaklah pergi ke web teebut dan ‘copy’ alamat RSS feed yang terdapat dalam website tersebut.
Simbol RSS Feed adalah:













2_03.gif)






