Recent twitter entries...

  •  
Let's read Al-Quran

Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 2011/1432H

Posted by shah | Posted in Tazkirah, Tips | Posted on 01-08-2011

0

BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2 JOHOR
3 PERAK
4 SARAWAK
5 SABAH
6 TERENGGANU
7 KELANTAN
8 SELANGOR
9 PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13 NEGERI SEMBILAN
14 KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG
** Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim
PrintFriendlyLinkedInShare

Petua Wardina mendidik anak solat 5 waktu

Posted by shah | Posted in Tazkirah, Tips | Posted on 20-07-2011

0

Note yang ditulis oleh Wardina :

BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

SILA KLIK BUTANG ‘SHARE’ SELEPAS MEMBACA

 

PrintFriendlyLinkedInShare

Declare vs Tak Declare…

Posted by shah | Posted in Financial, Tips | Posted on 22-03-2011

0

Kalau masa sekolah dulu, term ni lebih dikaitkan kepada pasangan kekasih/couple yg bersetuju untuk menjadi pakwe/makwe kepadanya. Bila dah declare, maka, “step over my body first” jika ada orang lain nak tackle awek dia tu. Bila dah declare jugak, maka, secara mutual agreementnye, lelaki dan perempuan tersebut bersetuju untuk meletakkan komitmen pada pasangannya (aka setia). Dalam Islam pula, declare ini lebih kepada adat pertunangan di mana pihak lelaki meletak tanda untuk melamar perempuan tersebut.

Tapi, dalam post ni, saya bukanlah nak bercerita pasal declare/tak declare di atas. Ianya adalah berkenaan declare Cukai Pendapatan!!! Menakutkan bukan :0

Pada pandangan peribadi saya, cukai perlu dideclare walau bagaimana cara sekalipun kerana ia adalah kewajipan seorang warganegara untuk membayar cukai. Cukai digunakan oleh kerajaan untuk membina kemudahan seperti jalan raya, pengangkutan awam, bangunan2 komuniti, pendidikan, kebajikan dan sebagainya. Pendek kata, cukai yang dikenakan kepada rakyat Malaysia adalah untuk membina sesebuah negara. *Cuma kadang-kadang penyalahgunaan kuasa menyebabkan duit rakyat membazir dan tiris ke poket sesetengah pihak sahaja. Itulah tugas BPR utk menyiasat.

Declare cukai pendapatan kpd LHDN menjadi lebih penting (sangat penting) terutama bagi mereka yang telah dicukai secara berkala pada setiap setiap bulan melalui PCB (Potongan Cukai Berjadual). Saya ada terjumpa sebuah software percuma yg boleh dijadikan alat untuk mengira PCB yang sepatutnya dipotong oleh majikan untuk LHDN. Sila ke www.payroll.my. Di sana anda hanya perlu meletakkan gaji dan bonus yang anda perolehi pada satu2 bulan.

Dalam post sebelum ini (Cukai Pendapatan Mengikut Peratus Gaji), makin tinggi nilai gaji anda, makin tinggi peratus cukai yang dipotong. Ia boleh dijadikan rujukan, tetapi agak memeningkan kepala jika dikira secara manual. Lebih tepat, anda tidak akan mendapat jumlah yang tepat jika dibandingkan dengan gaji yang telah dipotong.

Berbalik kepada declare cukai kpd LHDN. Yer… 1 konsep yg dipegang oleh LHDN, mereka tidak akan mengambil cukai yg lebih daripada sepatutnya mereka kenakan kepada setiap individu. Oleh sebab itu, mereka akan kembalikan semula (refund) mana2 amaun yg terlebih potong kepada LHDN. Dengan mengisi eFiling, LHDN akan refund duit kita dalam tempoh 1 bulan setelah tamat tempoh declare. Oleh itu, declarelah kerana kemungkinan besar anda akan mendapat refund terutama jika anda banyak berbelanja/menabung di bawah items pengecualian cukai seperti sambung belajar, tabung haji dan banyak lagi.

Tak declare, yang ini mmg best. Ramai takut declare sbb takut kena bayar cukai. Especially yg majikannya tak apply PCB direct daripada gaji bulanan. Memang boleh tak declare, tapi once LHDN kira dari tahun yg patut declare, maka banyaklah pula duit nak kena cari untuk bayar. Pernahkah anda dengar pasal seorang peniaga karpet yang mewarisi perniagaan karpet dari zaman datuknya dikenakan cukai sebanyak RM 500,000? Seorang peniaga cendol dikenakan cukai sebanyak RM 200,000? Tapi mereka bayar cash setelah dikira oleh LHDN. Hebat bukan?

Last but not least, cukai dikenakan apabila kita untung, atau gain income. Cukai tidak akan dikenakan jika kita rugi atau negetive income. Oleh sebab itu, perniagaan yang kena bayar cukai banyak bermakna perniagaan tersebut memperolehi keuntungan dan begitulah sebaliknya.

Jom declare sebelum 30 April 2011!!!

PrintFriendlyLinkedInShare

Perniagaan Internet – Fenomena Perniagaan di Malaysia

Posted by shah | Posted in Business, Tips | Posted on 13-03-2011

0

Dulu, seorang peniaga boleh menjual barangan jualannya terhad kepada lingkungan geografi persekitarannya sahaja. Jika berniaga di Pasir Mas, Kelantan, maka kawasan jualannya hanyalah untuk orang-orang Pasir Mas sahaja. Jika kedainya terletak di bandar Sungai Petani, Kedah, hanya orang di sekitar Sungai Petani akan membeli barangan jualannya. Jumlah pembeli juga amatlah terhad bergantung kepada kawasan tempatnya berniaga.

Selain berniaga dengan membuka kedai, anda juga boleh melakukan perniagaan jualan langsung iaitu dari rumah ke rumah. Perniagaan ini cukup popular pada tahun 1990 an. Batasan jualan anda bergantung kepada sejauh mana anda boleh keluar berniaga. Sebagai contoh, jika anda tinggal di Kuantan, anda masih boleh mempunyai pelanggan di Kemaman dan Kuala Terengganu. Walaupun begitu, anda akan mempunyai masalah terutama dari sudut kualiti perkhidmatan dan servis selepas jualan. Justeru, kos dan waktu servis juga meningkat disebabkan faktor jarak dan masa.

Oleh kerana dunia berputar dengan pantas, teknologi berkembang dengan begitu cepat, sistem dan modus operandi menjalankan perniagaan juga berubah. Berapa banyak lot kedai fizikal yang dimiliki tidak lagi menjadi batasan untuk seorang usahawan menjalankan dan melebarkan sayap perniagaan. Cukup dengan stok barangan yang ada, sebuah komputer riba dan talian internet berkelajuan tinggi di dalam sebuah bilik kecil berukuran lebih kurang 10×15 kaki sahaja. Hebat bukan???

Dengan teknologi internet dan disokong oleh Inisitif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiative NBI), rakyat Malaysia tidak lagi kekok untuk menggunakan internet dan sekaligus menjadi salah satu daripada keperluan dalam urusan seharian. Dari urusan perbankan, memperbaharui cukai jalan, membayar saman, dan membeli belah, semuanya boleh dilakukan secara online. Tidak hairanlah jika hari ini kita dapati sudah ramai orang yang tidak dapat membezakan antara pintu bank dan pintu pejabat pos!

Menerusi inisiatif ini, Suruhanjaya Komunikasi, yang diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, menetapkan sasaran perkhidmatan jalur lebar menembusi 50 peratus atau bersamaan 3.2 juta rumah pada tahun 2010. Bayangkan, jika anda mempunyai sebuah lot kedai maya, sebagai contoh di www.lot.my, anda secara tidak langsung mempunyai peluang untuk bertemu dengan 3.2 juta pelanggan di seluruh Malaysia. Itu baru di Malaysia, bukankah internet boleh dilayari di seluruh dunia? Wow…hebatnya!

Perniagaan internet atau berniaga online telah menjadi satu fenomena baru dalam industri perniagaan di Malaysia. Modal besar tidak lagi menjadi halangan kepada usahawan yang mahu menjalankan perniagaan. Cukup dengan barang jualan dan sambungan internet, satu dunia boleh membeli barang yang hendak dijual. Selain daripada mempunyai potensi pelanggan yang lebih besar, risiko untuk rugi juga amatlah kecil malahan keuntungan yang bakal diperolehi berlipat kali ganda berbanding dengan berniaga di lot kedai fizikal.

Memang tidak dapat dinafikan, fenomena ini secara tidak langsung memberi banyak kelebihan kepada semua usahawan yang mahu melebarkan sayap perniagaan ke seluruh dunia tanpa sempadan. Tidak kurang juga kepada usahawan-usahawan muda yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Sistem lot kedai online yang canggih dan automatik seperti di www.lot.my banyak membantu usahawan yang mahu menjadikan internet sebagai salah satu medium perniagaan yang efisyen dan profesional. Ianya mudah, selamat dan senang diuruskan.

PrintFriendlyLinkedInShare

Tips: Making money with property auction

Posted by shah | Posted in Tips | Posted on 21-02-2011

0

Criteria of property that you choose as your investment :

1. Location..location..location
2. Ready tenant
3. Reserve price is below market price
4. Positive cash flow
5. Potential a good return
6. Possibility of increase in value in the future.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PrintFriendlyLinkedInShare