Zakat Fitrah (Part 1)
Posted by shah | Posted in Tazkirah | Posted on 21-08-2011
0
Alhamdulillah, pagi ni aku sempat ke surau utk solat Subuh dan mendengar kuliah. Kuliah subuh pada 21 Ramadhan 1432H (Ahad) di Surau Muafakah, Taman Melawati Fasa 6 hari ni adalah berkenaan zakat fitrah. First time aku tgk ustaz ni bagi kuliah kat surau ni (maybe dah byk kali dia dtg, tp aku plak yg takde kot). Penyampaiannya ringkas, padat dan mudah difahami.
Kalau ikutkan tajuk, mungkin ianya kurang menyengat dan boleh menyebabkan para jemaah tersengguk2. Tapi dek kerana ustaz ni pandai bawa pemikiran semua hadirin kepada realiti ibadah zakat ni, aku pun dapat mendengar dgn tekun dan tak terlelap pun walaupun sesaat
Antara intipati kuliah yg disampaikan adalah:
Pengertian zakat
- Bererti BERSIH, SUCI, SUBUR, BERKAT, RAHMAT dan BERKEMBANG.
- Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
- Umpama kalau kita tanam pokok bunga, kita cantas ranting2 dan daun2 yg layu agar pokok tersebut bercambah dan mengeluarkan lebih banyak rimbunan daun dan bunga.
Contoh2 zakat:
- Zakat Pendapatan: Kadang2 kita culas (baca: mengular/tuang) dlm bekerja. Sepatutnya boleh kerja, tapi amik MC. Sepatutnya pukul 10pg takde minum, tapi pergi cafe @ warung pekena teh tarik & mi jawa sepinggan. Bila kerja tak siap (sbb culas td), kita pun buatlah OT untuk siapkan kerja2 tadi. Maka, dgn berzakat, kita boleh membersihkan pendapatan yg bukan hak kita itu.
- Zakat Perniagaan: Contoh bila berniaga di pasar ramadhan, kita sewa satu lot, tp bila pasang khemah makan 1 kaki lot org. Org sebelah nak sound, tp bulan puasa. Sebab khemah lebih besar, byk pendapatan kita dpt aritu. Maka, dalamnya ada hak org lain juga. Untuk membersihkan hasil perniagaan tu, kita hendaklah keluarkan zakat supaya keuntungan yg kita dpt tu benar2 berkat dan diredhai.
- Zakat Fitrah: Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Kadar Fitrah
- Ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).
- 2011/1432H, kadar RM bersamaan RM7.00. (pertukaran berat beras kepada nilai RM adalah berdasarkan Mazhab Hanafi yg membolehkan zakat fitrah dibayar dgn nilai matawang sesebuah negara).
- Zakat fitrah yg dikeluarkan adalah mengikut makanan ruji sesebuah negara. Jika roti adalah makanan ruji, maka nilai gandum adalah kadar yg akan digunakan.
Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H
|
Negeri
|
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
|
| Perlis |
6.00
|
| Kedah |
7.00
|
| Pulau Pinang |
7.30
|
| Perak |
7.00
|
| Selangor |
7.00
|
| Negeri Sembilan |
6.50
|
| Melaka |
6.30
|
| 7.00 / 5.00 |
6.50
|
| Pahang |
7.30
|
| Terengganu |
6.00 / 7.00 / 8.00*
|
| Kelantan |
7.60
|
| Sarawak |
6.20
|
| Sabah |
7.70
|
| Wilayah Persekutuan |
7.00
|
Dalam kuliah subuh ini juga, penceramah menerangkan lebih lanjut tentang:
- Siapakah yg wajib membayar zakat fitrah?
- Jika suami tidak bekerja tetapi isteri bekerja, siapakah perlu bayar?
- Seorang lelaki/perempuan yg sudah baligh, siapa yg perlu bayar zakatnya?
- Jika belajar di oversea, siapa byr dan byr di Malaysia atau di sana?
- Anak luar nikah/anak angkat, tanggungjawab siapa?
- Anak buangan/terbiar, siapa perlu bayar?
- Bekas isteri, isteri nusyuz (derhaka), suami perlu bayarkan ke?
- Bekerja di KL, tapi menetap di Nilai, bayar negeri mana?
- Anak perempuan yg sudah baligh dan bekerjaya tp belum kahwin, siapa perlu bayar?
Ikuti sambungan dalam Part 2..















2_03.gif)






