Recent twitter entries...

  •  
Let's read Al-Quran

Hudud – kejam hingga perlu potong tangan???

Posted by shah | Posted in Tazkirah | Posted on 29-01-2012

0

“Kenapa Islam minta potong tangan orang yang mencuri? Tidakkah itu sangat kejam?” soal lelaki German itu dengan nada separuh provok dan ingin tahu.

Suasana menjadi diam seketika.

Tengahari itu kami berehat sebentar melepaskan lelah setelah travel beratus kilometer ke kuala lumpur. Sebelah petangnya ada lagi 2 program besar menanti dan perlu berada semula di Perak pada waktu Isya sebelum meneruskan ekspedisi dakwah ke bumi Kedah keesokan harinya.

Peluang berehat seketika itu memang sangat mustahak demi mengekalkan kesegaran untuk mengharungi jadual padat kami pada hari itu.

Di saat berehat itu, kami didatangi seorang lelaki Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai Frank Michel. Rupanya beliau merupakan fisrt secretary kedutaan German di Malaysia. Beliau menghampiri kami kerana tertarik kepada lambang jemaah Islam yang tertera di jaket yang kami pakai.

Peluang keemasan ini kami gunakan sepenuhnya untuk menerangkan dasar Islam serta polisi jemaah dakwah kami ini. Ternyata beliau seolah-olah mendengarnya buat kali pertama.

Kami tidak hairan dengan keadaannya itu. Maklumat sebenar Islam telah lama disorokkan, hanya perkara berkaitan solat, puasa, haji dan zakat sahaja yang sering dikaitkan dengan Islam, sedangkan Islam itu adalah cara hidup dan lebih dari 5 rukun Islam itu sahaja.

Justeru, soalannya berkaitan dengan perkara selain 5 rukun Islam terutamanya berkaitan hukum hudud sudah boleh dijangka bentuk nada soalannya.

Setelah diam buat beberapa ketika, saya membalas soalannya dengan nada yang sangat lembut dan senyuman yang tidak lekang di bibir, ” soalan anda itu sangat menarik!”. Saya menunjukkan minat kepada soalan provokasinya itu.

“Dalam Islam, kita mengutamakan keadilan. Kepada siapa sahaja, samada seorang lelaki atau wanita, kanak kanak atau dewasa, sihat atau sakit, tanpa mengira kaum dan warna kulit” saya memulakan muqaddimah. Dia mendengar dengan penuh minat sambil mengangguk angguk kepala.

“begitu juga keadilan bagi orang telah kehilangam barangnya kerana dicuri. Haknya perlu dibela. Keadilan perlu ditegakkan” saya mula masuk ke topik perbincangan.

Tiba-tiba lelaki German itu mencelah, ” Betul, saya setuju keadilan perlu ditegakkan. Tapi takkanlah sampai kena potong tangan? ” soalnya lagi.
Saya tersenyum. Teringat perbincangan dalam kelas Syariah saya tempoh hari dalam madah Siasah Syariah. Suasana hampir serupa kerana kami telah mensimulasikan suasana dialog seperti ini dalam kelas. Lucu juga rasanya bila tiba tiba terbayang lelaki German di hadapan saya sekarang ini seperti kawan sekelas yang merupakan orang Banjar berasal dari Bagan Serai!

Saya mengawal semula eksperisi muka agar kelihatan tenang dan tidak menyinggung perasaan lelaki German itu.

“Tuan, salahkah doktor kalau dia mengarahkan pesakit Diabetis untuk dipotong kakinya? Jika tidak salah, mengapa? ” soalan retorik dilontarkan.

Cepat-cepat lelaki German itu menjawab, “sudah tentulah tidak salah. Sebab doktor itu tahu apa yang terbaik untuk pesakitnya. Dia ahli dalam bidang perubatan”
Saya bertanya lagi, “eh, bukankah kaki itu sangat berharga dan penting untuk kegunaan seharian?”
“memanglah penting, tapi ia sudah berpenyakit, jika tidak dipotong, akan merebak dan membahayakan anggota lain pula. Silap silap membawa maut pula” petah lelaki German itu menjawab.
Saya sekali lagi tersenyum. Alhamdulillah, sudah nampak sinar di hujung dialog ini.

Segera saya menyambung bicara, ” Jika demikian, begitulah dengan si pencuri tadi, dia adalah seorang manusia yang “berpenyakit.” Dan ubat kepada sakit itu ada pada pembuat manusia itu, iaitu Allah. Dan Allah tentukan bahawa cara mengubatnya ialah dengan memotong tangan si pencuri. ”

“Tapi kenapa perlu potong, tak bolehkah jika kita penjarakan sahaja. Tangan tu penting untuk kegunaan seharian.” bentaknya.
Saya tenang mendengar respon spontannya.

“Tuan, jika dalam kes diabetis tadi, bukankah doktor itu tidak salah apabila memotong kaki peskitnya, begitulah dengan kes curi ini. Ia jika dibiarkan akan membarah, akan menggangu ketenteraman anggota masyarakat yang lain. Dan yang menariknya, bukan semua kes curi kita akan potong tangan. Barang curian yang terdedah kepada curian seperti ditinggalkan di tempat terbuka, harga barang curian yang murah seperti gula gula seringgit, keadaan masyarakat yang dhorurat seperti kebuluran yang melampau, semua ini tidak tergolong dalam kes potong tangan apabila mencuri.” panjang lebar saya terangkan.

Lelaki german itu kelihatan terkejut dan kemudiannya nampak kelegaan di wajahnya. Kelihatan sangat puas dengan jawapan yang diberikan. Maklumat ini tidak pernah dia dengar dari media perdana. Senyuman terukir di wajahnya menghapus semua kerutan di dahi.

Saya menghabiskan sedutan terakhir air jus oren di depan saya dan bangum meminta diri ke Masjid kerana mahu menunaikan solat Jumaat.
Tiba- tiba dia bangun menghalang, ” Ustaz, boleh tak saya ikut serta ustaz ke masjid? ” tanya penuh mengharap sambil memegang lembut tangan saya.

“Kenapa ya anda mahu ikut kami ke Masjid?” saya meminta kepastian.
“Saya mula berminat dengan Islam. Saya mahu belajar mengenai Islam.” jawabnya penuh semangat.

Saya tersentuh dengan jawapannya. Terharu sehingga terasa bergenang air mata ini.

Saya merangkul tangannya erat seraya berkata, ” Let’s go my brother,” dengan senyuman puas di bibir.

Hakimi,
Penolong Setiausaha,
Lajnah Antarabangsa Dppp

PrintFriendlyLinkedInShare

Law of Attraction (part 1)

Posted by shah | Posted in Santai, Tazkirah | Posted on 30-09-2011

0

- Setiap pertuturan, pemikiran dan perbuatan akan menghasilkan getaran.

- Getaran terbahagi kepada 2 sahaja iaitu positif dan negatif.

- Hanya 1 getaran boleh keluar pada satu2 masa.

- Bila kita keluarkan satu2 getaran, kita akan dapat lebih byk getaran yang sama selepas itu.

- Inilah yg dinamakan hukum tarikan.

- Untuk mengubah getaran daripada negatif kepada positif, kita perlu tekan reset button.

- Reset button adalah dgn cara kita bertanya pd diri sendiri, “Apa yg kita inginkan?”

- Contoh; Aku benci betul boss aku yg pendengus ni!!! (getaran negatif dikeluarkan)

- Tanya balik diri sendiri, apa yg aku nak sebenarnya?

- Oho…. Aku nak seorang bos yg baik dan bertolak ansur.

- Jadi ubah statement tadi, Aku suka bos yg baik dan bertoleransi.

- Sekarang getaran negatif telah hilang dan kita sedang mengeluarkan getaran positif sahaja.

 

PrintFriendlyLinkedInShare

4 Golongan Lelaki

Posted by shah | Posted in Tazkirah | Posted on 29-09-2011

0

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”..!!!!

Sumber: http://www.facebook.com/ummu.mujahed

PrintFriendlyLinkedInShare

Link Between Man and God

Posted by shah | Posted in Santai, Tazkirah | Posted on 24-08-2011

0

An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty. He asks one of his new students to stand and…..

Prof: So you believe in God?
Student: Absolutely, sir.
Prof:Is God good?
Student: Sure.
Prof: Is God all-powerful?
Student: Yes..
Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill.But God didn’t. How is this God good then? Hmm?(Student is silent.)
Prof: You can’t answer, can you?Let’s start again, young fella.Is God good?
Student: Yes.
Prof: Is Satan good?
Student:No.
Prof: Where does Satan come from?
Student: From….God. ..
Prof: That’s right.Tell me son, is there evil in this world?
Student: Yes.
Prof: Evil is everywhere, isn’t it?And God did make everything, Correct?
Student: Yes.
Prof: So who created evil? (Student does not answer.)
Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness?All these terrible things exist in the world, don’t they?
Student: Yes, sir.
Prof: So, who created them? (Student has no answer.)
Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son…Have you ever seen God?
Student: No, sir.
Prof: Tell us if you have ever heard your God?
Student: No, sir.
Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God?Have you ever had any sensory perception of God for that matter?
Student: No, sir. I’m afraid I haven’t.
Prof: Yet you still believe in Him?
Student: Yes.
Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your ‘GOD’ doesn’t exist. What do you say to that, son?
Student: Nothing. I only have my faith.
Prof: Yes, Faith. And that is the problem science has.
Student: Professor, is there such a thing as heat?
Prof: Yes.
Student: And is there such a thing as cold?
Prof: Yes.
Student: No sir. There isn’t. (The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)
Student:Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat.. But we don’t have anything called cold.We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’tgo any further after that. There is no such thing as cold.Cold is only a word we use to describe the absence of heat.We cannot measure cold.Heat is energy.Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it . (There is pin-drop silence in the lecture theatre.)
Student: What about darkness, Professor?Is there such a thing as darkness?
Prof: Yes. What is night if there isn’t darkness?
Student : You’re wrong again, sir.Darkness is the absence of something.You can have low light, normal light, bright light, flashing light….But if you have no light constantly, you have nothing and it’s called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t.If it were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you?
Prof: So what is the point you are making, young man?
Student: Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Prof: Flawed? Can you explain how?
Student: Sir, you are working on the premise of duality.You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God.You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure.Sir, science can’t even explain a thought..It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one.To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor.Do you teach your students that they evolved from a monkey?
Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir? (The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)
Student: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher? (The class is in uproar.)
Student: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain? (The class breaks out into laughter.)
Student: Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it?No one appears to have done so.So, according to the established rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir? (The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable. )
Prof: I guess you’ll have to take them on faith, son.
Student: That is it sir… The link between man & god is FAITH.That is all that keeps things moving & alive.

_________ _________ _________ ___

I believe you have enjoyed the conversation. ..and if so…you’ll probably want your friends/colleagues to enjoy the same…won’t you?…. this is a true story, and the student was none other than…….. …. APJ Abdul Kalam, the former president of India

 

PrintFriendlyLinkedInShare

Zakat Fitrah (Part 2)

Posted by shah | Posted in Tazkirah | Posted on 23-08-2011

0

Post ni adalah sambungan dari Zakat Fitrah (part 1). Jika terdapat discrepancy pada mana2 bahagian dalam artikel ini, saya mohon maaf dan tolong refer pada mana2 ustaz. Jawapan Q&A tentang zakat fitrah ini saya tulis berdasarkan kefahaman dan isi yg telah disampaikan oleh ustaz dalam kuliah subuh di Masjid Muaffakah, Taman Melawati.
  • Siapakah yg wajib membayar zakat fitrah?
    - Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
    - Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
  • Waktu untuk menunaikan zakat fitrah?
    - Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
    - Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
    - Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
    - Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
    - Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
  • Jika suami tidak bekerja tetapi isteri bekerja, siapakah perlu bayar?
    - kalau suami sakit dan tak berpendapatan, maka suami tak perlu bayar zakat fitrah. Isteri tak perlu bayar kerana tanggungjawab bayar zakat fitrah adalah tanggungjawab suami.
    - kalau suami isteri sepakat (isteri kerja, suami jg anak2) dan isteri bagi belanja kpd suami (contoh 2k sebulan), maka suami perlu bayar zakat fitrah untuk diri sendiri, isteri dan anak2. Consider suami berpendapatan juga dalam hal ini.
  • Seorang lelaki/perempuan yg sudah baligh, siapa yg perlu bayar zakatnya?
    - Jika lelaki/perempuan tersebut (belum kahwin) sudah mempunyai pendapatan sendiri, maka mereka perlu bayar zakat fitrah sendiri.
    - Jika ibubapa menyuruh mereka melanjutkan pelajaran dan tiada pendapatan (ada pun cukup utk sara diri), maka bapa perlu bayar zakat fitrah mereka.
    - Masih ramai lg especially perempuan yang belum kahwin tapi dah berpendapatan tidak membayar zakat fitrah sendiri sebaliknya dibayar oleh bapa mereka.
  • Jika belajar/bekerja di oversea, siapa byr dan byr di Malaysia atau di sana?
    - Bayar ditempat kita bermukim iaitu di negara tersebut. Bagi mereka2 yg dapat scholarship (consider sbg pendapatan yg agak mewah), mereka perlu juga membayar zakat fitrah ini.
    - Tapi bagi student yg  tiada scholarship atau cukup2 makan (consider miskin), maka mereka tak perlu mengeluarkan zakat fitrah.
  • Anak luar nikah/anak angkat, tanggungjawab siapa?
    - Anak luar nikah zakat fitrahnya perlu dibayar oleh ibu kandungnya.
    - Anak angkat pula zakatnya tidak perlu dibayar oleh bapa angkat. Tanggungjawab tersebut adalah pada keluarga asal. Jika anak yatim, maka baitulmal yg menanggungnya. Keluarga angkat hanyalah care-taker sahaja.
  • Anak buangan/terbiar, siapa perlu bayar?
    - Atas tanggungjawab baitulmal.
    - p/s: jgn memanggil anak buangan/terbiar ini sbg anak luar nikah kerana secara tidak langsung kita menuduh ibubapanya berzina. Dalam Islam, kita perlu mendatangkan 4 org saksi jika tidak hukuman jatuh ke atas kita.
  • Bekas isteri, isteri nusyuz (derhaka), suami perlu bayarkan ke?
    - Tidak harus suami membayar zakat fitrah untuk isteri yg nusyuz.
    - Tetapi jika isteri insaf dan mohon maaf ke atas kesilapannya sebelum terbenam matahari hari Ramadhan terakhir,  maka suami wajib bayar zakat fitrah isteri.
    - Bagi bekas isteri (yg masih dalam tempoh edah – 3 kali bersih), bekas suami perlu bayar zakat fitrahnya.
  • Bolehkah kita mewakilkan orang lain untuk membayar zakat fitrah bagi pihak kita?
    - Boleh dengan cara berniat dan meminta orang itu menyampaikannya bg pihak kita kepada amil.
    - Dengan cara lain, kita boleh bayar zakat fitrah melalui ebanking atau sms. Niat dan send/transfer.
  • Apakah keutamaan seorang suami/bapa yg kurang berkemampuan utk bayar zakat?
    - Jika seorang suami/bapa mempunyai duit lebihan (setelah selesai bayar semua keperluan asas; makan, sewa rumah, pengangkutan, pendidikan anak etc) sebelum solat hari raya 1 Syawal, maka duit lebihan itu boleh dibayar zakat:
    1. dirinya sendiri dahulu, kemudian,
    2. isteri, kemudian,
    3. anak-anak belum baligh, kemudian,
    4. ibu bapa, kemudian yg terakhir,
    5. anak-anak yg telah baligh
  • Bolehkah kita bayar direct kepada 8 asnaf tanpa melalui lembaga zakat?
    - Boleh.
  • Bekerja di KL, tapi menetap di Nilai, elok bayar kat negeri mana?
    - Lebih afdal bayar di tempat kita menetap.

Semoga dengan perkongsian yang ringkas ini, kita sama2 dapat memahami tentang intipati zakat fitrah dan cara perlaksanaanya. Yg baik daripada Allah dan yg lemah adalah dari diri saya sendiri. Wallahua’lam….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PrintFriendlyLinkedInShare