Main Bola Petang2 @ Melawati
Posted by shah | Posted in Personal | Posted on 20-11-2011
0
Hari ni alhamdulillah aku dapat main bola kat taman sbb ari tak hujan. Walaupun padang agak lembap dan lecak sebab semalam hujan, tapi hari ni area melawati hanya gerimis ngada2 jer.
Tajuk di atas berkaitan dgn satu insiden di padang bola yg membuatkan aku nak tulis posting ni.

Part 1 (Masa tengah main bola)
Ada sorang uncle ni, dia ni mmg power & skillful. Kalau compare dgn aku, mmg skill aku kurang sket la dari dia…ehehehe…
FYI, main petang ni mmg fee-easy-rilex jer. Takdelah bersungguh2 sgt nak main mcm game betul.
So, nak jadikan cerita, uncle ni cross bola ke goal dan aku main sbg striker. Tiba-tiba bola yg dia cross ni, pihak lawan (sorg budak F4) tepis bola tu guna tangan. So, keluarlah bola tadi tanpa dapat di score sbb budak ni dah tepis keluar.
Dengan tiba-tiba, uncle ni hangin giler. Dia pergi dekat budak tu dan marah2. Aku ingatkan dia marah biasa2 jer, sbb uncle ni mmg lawak2 jer. Tapi masa tu dia macam marah semacam. Dalam ati aku, apsal uncle ni serius giler. Main ala kadar dah ler… aku yg tak dpt score bola tu pun tak kisah. Budak yg kena marah tu buat muka selamba jer. Diam jer…
Part 2 (Selepas abis main sebelum balik)
Aku lepak dulu sebelum balik. Kadang2 aku balik terus lepas main. Tapi sbb dah lama tak main, aku lepak jap borak2 sambil timbang bola.
Pastu uncle ni bercakaplah dgn budak ni. “Kau janganlah terasa aku marah tadi, biasalah tu. Kau ni baya anak aku jer. Form baper?” tanye uncle tu.
“Form 4,” jawab ringkas budak tu.
“Haa..samalah dengan anak aku sekolah kat Melawati. Aku nak kau learn tadi. Bila main bola kat mana2, buat mistake, kau mesti cakap sorry. Say sorry ni kena latih. Kena marah ni biasalah tapi kalau kita say sorry, orang pun akan ok. Buat salah lagi, say sorry lagi. Yang penting, jangan berat mulut utk say sorry. Aku taknaklah esok kau tak dtg main lagi. No heart feeling ok,” nasihat uncle tu kat budak F4 tu.
“Ok uncle,” jawab budak tu ringkas.
“Dik, say sorry ni kena latih. Bila dah biasa say sorry, benda tu akan automatik kita sebut bila kita buat salah,” aku mencelah.
So, aku buat sedikit kesimpulan. Walaupun aku pada mulanya merasakan uncle tu serius and “apsal nak marah2″ tapi akhirnya aku rasa bersyukur sbb uncle ni tegur budak2 skolah yg belum matured ni. Semoga dia ingat dan belajar dari peristiwa arini.
Esok kalu boleh balik awal dan cuaca cantik, aku nak main lagi….

























































2_03.gif)






